Fatin Shidqia Lubis Saat Menyanyikan Lagu Bruno Mars

Fatin Shidqia Lubis Saat Menyanyikan Lagu Bruno Mars

Nyanyian Fatin Shidqia Lubis (16), dalam lumba tarik suara di layar kaca X Factor Indonesia Auditions episode keempat, telah memikat Bruno Mars, artis muzik antarabangsa dari Amerika Syarikat.

Setelah menonton video YouTube yang berisi penampilan pelajar SMA itu membawakan "Grenade", sang pemilik lagu, Bruno Mars, memaparkan video tersebut ke laman rasminya, brunomars.com.

Dalam video audisi tersebut, peserta nombor 11218 mendapat pujian dari Keempat Juri, iaitu Ahmad Dhani, Rossa, dan Bebi Romeo, serta juri tetamu Mulan Jameela. Keempatnya memuji vokal Fatin dalam audisi  X Factor Indonesia Auditions.

Fatin, yang mengaku suka menyanyi di bilik mandi sejak kecil, disebut oleh mereka mempunyai suara seperti vokal artis muzik ternama dari Amerika Syarikat, Cyndi Lauper. Mereka pun berebut untuk menjadikan Fatin "anak didik" mereka dalam X Factor Indonesia.  Namun, Fatin, yang nge-band dan bergabung dengan paduan suara memilih Rossa sebagai mentornya.

Ketika ditanya oleh Rossa apakah teman-teman Fatin sedar bahawa suara Fatin bagus, dara yang tampak malu-malu itu menjawab, "Biasa aja, Kak."


Namun, perkara yang menurut Dhani dan kawan-kawan harus dihilangkan oleh Fatin adalah sifat malu-malunya. "Fatin, kenapa harus pemalu gitu ya? Pemalu aja begini lho nyanyinya. Cuba kalau lebih percaya diri, pasti nyanyinya lebih keren lagi," celoteh Rossa. "Mulai sekarang, jangan jadi pemalu, kerana Ahmad Dhani suka sama suaramu," kata Dhani.

Sampai saat ini, video penampilan Fatin dalam X Factor Malaysia Auditions episode keempat, yang dimuat naik ke YouTube oleh Evan Vibration, sudah diklik 87.926 kali.

Berikut Cuplikan Fatin Shidqia Lubis Saat Menyanyikan Lagu Bruno Mars :

Sumber Artikel : Tribunnews
Sumber Video : Youtube

Comments